CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 29, 2009

Experience utk bakal ibu2 diluar sana

Entah kenapalah hari nie aku terlalu rasa penat sangat..mengantuk,x larat semuanya ada..adakah ini simtom2 sebagai seorang ibu yg mengandung yang sarat hendak memasuki trisemester ke 3?? Hurmm..entah la..susah nk ckp..tp apa yg aku rasa pagi nie,sungguh tidak selesa..mata ku sgt la berat utk dibuka,badan ku cukup lesu..pemikiranku sungguh x fokus utk membuat kerja2ku ini..Nasib baik la..keadaan skrg nie kerja yg tidak terlalu byk..

Semalam,merupakan pengalaman yg tak boleh aku lupakan,lepas balik dari kerja dlm pukul 6.30 ptg aku sampai dirumah mak aku,ampang.Duduk sekejap,makan kemudian mengambil measument blood pressure aku kemudian naik ke bilik utk baring sekejap.Sebelum terlelap sempat jgk aku menenelefon hubby dioffice..berbual2 sekejap,melepaskan kerinduan..selepas berbual beberapa minit, aku pun tidak sedar terlelap..tiba2 lebih kurang 9.45 mlm,aku terjaga dan ingin membetulkan kedudukan tido aku,tiba2 kaki kananku terasa kejang...aku lawan kerana ini adalah merupakan pengalaman kali ke 2 aku merasa kekejangan kakiku ini..namun setelah lebih 10 minit aku melawan akhirnya aku menyerah kerana tidak mampu melawan lagi,apa lagi..bertambah kuat la kekejangan melanda..aku menjerit sekuat hati ku sehingga mamaku dibawah naik dan menyangkakan aku ingin bersalin.. :P

Namun,nasibku baik,papaku tolong mengurutkan kakiku yg kekejangan itu,dan menasihatkan supaya tidak tido didalam keadaan yg sejuk dan menyuruhku menutup kaki ku dgn selimut dan letakkan kaki diparas yg tinggi sedikit..aku terdiam dan mengesat air mataku..kemudian menelefon hubbyku..hubbyku hanya tergelak kecil mengenangkan apa yg terjadi dan menyuruh aku meminum susu yg banyak..katanya dgn nada yg lawak...

0 comments: